Mentua hairan menantu sentiasa nak cepat
[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di FacebookTINGGAL kenangan Mohd. Ariff dan Teh Afifah selepas majlis akad nikah di Alor Setar, Kedah semalam. |
ALOR SETAR Arwah kata hendak balik cepat sebab hendak solat Jumaat di Perlis. Memang nampak kelainan pada arwah sebab semuanya dia hendak buat dengan cepat termasuk akad nikah.
KERATAN Kosmo! semalam. |
Demikian cerita Siti Aishah Baharom, 58, ibu mentua kepada Mohd. Ariff Ab. Kadir, 23, yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, selepas menghadiri majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan kelmarin.
Menurut Siti Aishah, mereka terkilan kerana arwah menantunya itu tidak sempat melihat pelamin selepas majlis akad nikah berlangsung walaupun beberapa kali diajak oleh isterinya, Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid, 23.
Pada hari itu juga, arwah kelihatan agak pendiam berbanding kebiasaan, katanya yang masih sugul ketika ditemui di Taman Kancil Fasa 3 di sini semalam.
Teh Afifah pula hanya sempat menjadi pengantin selama tiga jam apabila suaminya, Mohd. Ariff maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas sekolah yang turut mengorbankan bapa dan ibunya, Ab. Kadir Awang, 53, Habsah Othman, 58, dan rakannya, Mohd. Farhan Musa, 18.
Dalam pada itu, Siti Aishah memberitahu, Teh Afifah seperti tidak seronok beberapa hari sebelum majlis akad nikah dilangsungkan.
Anak perempuan saya ada cakap dia susah hati dan dia tidak lalu makan serta mengalami sakit badan beberapa hari sebelum itu.
Sebagai seorang ibu, saya dapat lihat wajah dia seperti tidak seronok seperti bakal pengantin lain. Mungkin itu petunjuk akan berlaku sesuatu, cuma kita sahaja yang tidak tahu takdir Allah, ujarnya sedih.
kredit : kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment