6 pErkArA ALLAH s.W.t sEMbuNYikAN…
7122010Bacalah kisah ini. Ia sungguh menginsafkan bagi mereka yang memahami akan intipati isinya.
Ceritanya bermula begini, setelah Allah S.W.T. selesai sahaja menciptakan Malaikat Jibril A.S. dengan bentuk yang cantik bersama-sama 600 sayap yang panjang (banyak bukan kalau 600 sayap). Panjang sayap itu antara Timur & Barat (ada pendapat menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibril A.S. memandang dirinya sendiri dan seraya berkata:
“Wahai Tuhanku” Adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku? Kata Jibril A.S.
Lalu Allah S.W.T. berfiman yang bermaksud:
Tidak!!
Kemudian Jibril A.S. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah S.W.T. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 Tahun (1 Hari di akhirat bersamaan 1,000 Tahun di dunia). Setelah selesai sahaja Jibril A.S. solat maka Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai Jibril, kamu telah menyembah Aku (yakni Allah) dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya MUHAMMAD. Dia mempunyai ummat yang lemah dan sentiasa berdosa sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi Kemuliaan-Ku dan Ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku”
Kemudian Jibril A.S berkata lagi:
“Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan (ganjaran) ibadat mereka?”
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Ya Jibril akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”
Kemudian Jibril A.S. meminta izin kepada Allah S.W.T. untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibril A.S. mendapat izin dari Allah S.W.T. maka pergilah Jibril A.S. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap kali dia mengembangkan 2 sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,ooo Tahun. Terbanglah malaikat Jibril A.S. selama 300 Tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud.
Kepada Allah S.W.T. lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku, Apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertiga atau seperempatnya?”
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Wahai Jibril A.S., kalau kamu dapat terbang selama 3000 Tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Ku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan (ganjaran) solat dua rakaat yang mereka kerjakan..”
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha melakukan.. Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menyembunyikan 6 perkara iaitu:
- Allah S.W.T. telah menyembunyikan redha-NYA dalam taat.
- Allah S.W.T. telah menyembunyikan murka-NYA di dalam maksiat.
- Allah S.W.T. telah menyembunyikan Nama-NYA yang Maha Agung di dalam Al-Qur’an.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam Bulan Ramadhan.
- Allah S.W.T. telah menyembunyikan Solat yang paling utama di dalam solat (Yakni Solat 5 Waktu).
- Allah S.W.T. telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) Hari Kiamat di dalam semua hari.
No comments:
Post a Comment