Sunday, 21 August 2011

6 pErkArA ALLAH s.W.t sEMbuNYikAN


6 pErkArA ALLAH s.W.t sEMbuNYikAN…

7122010
Bacalah kisah ini. Ia sungguh menginsafkan bagi mereka yang memahami akan intipati isinya.
Ceritanya bermula begini, setelah Allah S.W.T. selesai sahaja menciptakan Malaikat Jibril A.S. dengan bentuk yang cantik bersama-sama 600 sayap yang panjang (banyak bukan kalau 600 sayap). Panjang sayap itu antara Timur & Barat (ada pendapat menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibril A.S. memandang dirinya sendiri dan seraya berkata:
“Wahai Tuhanku” Adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku? Kata Jibril A.S.
Lalu Allah S.W.T. berfiman yang bermaksud:
Tidak!!
Kemudian Jibril A.S. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah S.W.T. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 Tahun (1 Hari di akhirat bersamaan 1,000 Tahun di dunia). Setelah selesai sahaja Jibril A.S. solat maka Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai Jibril, kamu telah menyembah Aku (yakni Allah) dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya MUHAMMAD. Dia mempunyai ummat yang lemah dan sentiasa berdosa sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi Kemuliaan-Ku dan Ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku”
Kemudian Jibril A.S berkata lagi:
“Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan (ganjaran) ibadat mereka?”
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Ya Jibril akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibril A.S. meminta izin kepada Allah S.W.T. untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibril A.S. mendapat izin dari Allah S.W.T. maka pergilah Jibril A.S. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap kali dia mengembangkan 2 sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,ooo Tahun. Terbanglah malaikat Jibril A.S. selama 300 Tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud.

Kepada Allah S.W.T. lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku, Apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertiga atau seperempatnya?”
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Wahai Jibril A.S., kalau kamu dapat terbang selama 3000 Tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Ku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan (ganjaran) solat dua rakaat yang mereka kerjakan..”
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha melakukan.. Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menyembunyikan 6 perkara iaitu:
  1. Allah S.W.T. telah menyembunyikan redha-NYA dalam taat.
  2. Allah S.W.T. telah menyembunyikan murka-NYA di dalam maksiat.
  3. Allah S.W.T. telah menyembunyikan Nama-NYA yang Maha Agung di dalam Al-Qur’an.
  4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam Bulan Ramadhan.
  5. Allah S.W.T. telah menyembunyikan Solat yang paling utama di dalam solat (Yakni Solat 5 Waktu).
  6. Allah S.W.T. telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) Hari Kiamat di dalam semua hari.

Thursday, 18 August 2011

COntinue artikle


Mentua hairan menantu sentiasa nak cepat

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook
TINGGAL kenangan Mohd. Ariff dan Teh Afifah selepas majlis akad nikah di Alor Setar, Kedah semalam.


ALOR SETAR Arwah kata hendak balik cepat sebab hendak solat Jumaat di Perlis. Memang nampak kelainan pada arwah sebab semuanya dia hendak buat dengan cepat termasuk akad nikah.
KERATAN Kosmo! semalam.


Demikian cerita Siti Aishah Baharom, 58, ibu mentua kepada Mohd. Ariff Ab. Kadir, 23, yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, selepas menghadiri majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan kelmarin.
Menurut Siti Aishah, mereka terkilan kerana arwah menantunya itu tidak sempat melihat pelamin selepas majlis akad nikah berlangsung walaupun beberapa kali diajak oleh isterinya, Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid, 23.
Pada hari itu juga, arwah kelihatan agak pendiam berbanding kebiasaan, katanya yang masih sugul ketika ditemui di Taman Kancil Fasa 3 di sini semalam.
Teh Afifah pula hanya sempat menjadi pengantin selama tiga jam apabila suaminya, Mohd. Ariff maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas sekolah yang turut mengorbankan bapa dan ibunya, Ab. Kadir Awang, 53, Habsah Othman, 58, dan rakannya, Mohd. Farhan Musa, 18.
Dalam pada itu, Siti Aishah memberitahu, Teh Afifah seperti tidak seronok beberapa hari sebelum majlis akad nikah dilangsungkan.
Anak perempuan saya ada cakap dia susah hati dan dia tidak lalu makan serta mengalami sakit badan beberapa hari sebelum itu.
Sebagai seorang ibu, saya dapat lihat wajah dia seperti tidak seronok seperti bakal pengantin lain. Mungkin itu petunjuk akan berlaku sesuatu, cuma kita sahaja yang tidak tahu takdir Allah, ujarnya sedih.
kredit : kosmo.com.my

Tragedi tragis..

Teh Afifah Syahirah - Mudah2an Allah berikan rahmat ke atasmu ..



ya Tuhan kami,berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempunakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami...[18:10]


Yang tertulis di dalam friendster Teh Afifah Syahirah... mengalir air mata aku melihat Buletin Utama ... syahdu betul aku rasa ... lagi2 bila melihat gambar pernikahan mereka di dalam suratkhabar ... mudah2an roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman ... buat Teh, tabahkan hatimu ... ujian dan dugaan tanda Allah sayang kita ... sebagaimana sahabat baru yg aku temui ... lama menderita sakit ... Alhamdulillah dikurniakan suami yang sayangkan dirinya ... sanggup dukung isteri ke tempat kerja .. uruskan anak2 ... memang buat hati aku syahdu ... apakan daya ..aku akan cuba membantu apa yg termampu ... mudah2an kita sama2 tabah apabila datang ujian dariNya ... Al-Fatehah buat arwah Mohd Arif ..

Ujian dan dugaan buat kita makin dekat dengan Allah ... itu sebaiknya ...





Monday, 15 August 2011

Teringin..

Teringin nak ada baby...
mesti siok kan... rindu semua moment

Miracle..

Ibu dan bapa bukan liabiliti..

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
siap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka 

kenyataan.  Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,.
keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa." 
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.

Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?  Memberilah

kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang 
lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika
mula memberi !...


Waallahua'alam


p/s- aku juga praktikkan begitu,alhamdulillah..berkat doa..rezki mencurah2...KUDOAKAN SEMOGA KEDUA ORANG TUA KU DAN MERTUA dirahmati Allah,dipanjangkan umur..serta dimurahkan rezki

What Can I Eat When My Teeth Hurt? ...some soft food suggestions

The first weeks or months in braces can be frustrating because you can't eat some of the normal food you enjoy. And once your teeth stop hurting, the pain may return for a few days when you get an adjustment, putting you back on a soft food diet. Some of the suggestions on this page will help you deal with those painful days.
Remember that whatever you eat, cut it into small pieces and chew carefully and slowly. To get more protein into your diet, try adding protein powder or tofu to some of your meals or drinks.
Thanks to the following ArchWired readers for helping to contribute to this page: Mary, Jet, Gary, Christina, Kevin, Lorena, Wanda, Terrel, Jes, Wanita, David S., and anyone else I may have inadvertently overlooked.

Asrama

Time ni teringat lak lauk PAK MAT masa kat sek teknik... ada menu sedap ada gak time menu xok...tp makan ramai2 seronok...smua aci bedal n bantai

Menu asrama makan dalam tray

Rindu...sama itu kenangan..

nak tunggu due date

Prepare to cek in labour room

Hadief dah stay kat luar

Umi baru jumpa hadief...(time ni memang touching)

3 hari kat rumah

3 hari baru sampai rumah

2st treatment

Hari sabtu...

2st treatment aku jumpa dentist...
Mula2 cuma nak mintak wax stock dh clear...rupa2..staff situ kata boleh jumpa doc..

1. Bukak wire...
2.Ganti rubber band

3.Tighten wire..(bab ni sampai meleleh air mata..coz sakit sangat)

and the result...

 SAKIT WOOOO

Andai dapat ku undur waktu itu...

Assalamualaikum wbt...

Hari ini ..Allah swt memberi kesempatan kepada aku untuk meneruskan perjuangan yang masih belum terlaksana...Ya Allah..aku mohon Kau panjangkan umurku,supaya aku dapat beribadah kepadaMU...

Hari ni dah masuk hari ke 15 puasa... last week time onway ke kampung halaman...
Cerita pasal ramadhan hari ke 15 ni... masih banyak waktu yang tidak di gunakan seadanya... kenkadang terpikir...ada kah aku ini terlalu sibuk dengan hal dunia?adakah umur ku panjang lagi?terdetik rasa dlm hati...Semoga Allah kurniakan hidayah kepada aku yang naif demi untuk menuju ke jalan MU...



Thursday, 11 August 2011

Hari ini dan semalam

Assalamualaikum wb

Untuk entri selanjutnya..jari jemari ini ..rajin pulak nak menulis..disertakan otak ni fresh....so ada aje idea2 ..
xkisah apa2 la..

InsyaAllah dengan create nye blog ni akan aku tulis sampai hayat ada..(selagi aku ingt)..untuk generasi2 aku kendian hari..boleh la ..lepas2 rindu dari mereka kecil sampai la membesar dan sebagainya...

cerita pasal malam memang la bz...balik ptg semalam lewat..masak..kemas..ada masa menjahit...itu la rutin aku..
Untuk raya tahun ini dan akan2 datang aku make baju kurung sendiri ..oso + my mum n adik..= bajet kan???

Untuk semalam ..walaupun lewat...menu special...pecaya x?all thing aku masak dengan pantas..like a chef pun ada (walhal aku xreti masak)..smua ikut respi maaa...campak2..agak2...
Nasik Bukhari

Sambal Hitam

Ayam masak merah

Actually ikutkan memang x sempat nak masak..tp memikirkan FOBIA makan diluar..so better aku masak..ALHAMDULLILAH...asben tak terkata la makan..aku pun berselera makan dengan bracess..

SYUKUR YA ALLAH ATAS RAHMAT DAN LIMPAHAN REZEKI MU..